CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

~WelCoMe~

Thursday, July 1, 2010

~Pesanan Buat Tersayang~



Merokok adalah satu tabiat yang bukan hanya tidak sihat, malah merbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang kritikal. Terdapat banyak tips untuk berhenti merokok tetapi majoritinya terdiri dari senarai perkara yang kita harus buat atau sebaliknya yang agak sukar untuk diamalkan. Merokok sebenarnya adalah satu tabiat dan ia mengambil masa untuk diubah. Untuk menghentikan tabiat yang tidak sihat ini, ianya mestilah mempunyai ciri-ciri yang mudah untuk diterapkan dalam kehidupan seharian supaya tidak terasa seperti bebanan yang terlalu berat untuk dilaksanakan.
Berikut adalah tips mudah untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Anda boleh cuba semua atau pilih salah satu, tapi ingat ia tentu tidak berjaya tanpa niat yang ikhlas.

1. Selalu Berpuasa.
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Aktif bersukan.
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.

5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.

Lagi tips berhenti merokok


TIP BERHENTI MEROKOK

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:

•Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
•Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

•Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
•Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
•Mendapat asma.
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

•Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
•Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
•Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
•Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
•Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
•Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
•Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
•Meningkatkan deria bau dan rasa.
•Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
•Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
•Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
•Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
•Meningkatkan kesuburan.
•Meningkatkan tahap 'kelakian'.
Bagaimana hendak berhenti merokok?
Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

•Tetapkan tarikh untuk berhenti.
•Yakin dir.i
•Buatkan nota peringatan.
•Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
•Sentiasa berfikiran positif.
•Dapatkan sokongan.
•Gunakan terapi penganti nikotin.
•Amalkan 12M untuk berhenti merokok.

Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan


•Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2. Menarik nafas panjang


•Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air


•Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri


•Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri


•Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
6. Mengelakkan diri


•Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu


•Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.
8. Membasuh tangan selalu

9. Mandi dengan kerap

10. Meregangkan otot


•Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
11. Meditasi

12. Memohon doa


•Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhento merokok.


Buat sayangku....en.paiz...bentila merokok ye yg...

4 comments:

  1. actually ia ditujukan khas tuk en.paiz...hope sgt u benti rokok...

    ReplyDelete
  2. hehe..xpe yun.nti dah kawin pujuk elok2 ye.alhamdulillah ayie xsmoking..

    ReplyDelete
  3. peh..pjg gile tuyun..lenguh paiz nk bc nnt..:p

    ReplyDelete
  4. aare:yeke??paiz ckp je b4 kawen nk benti...huhu...mntk2la benti dakawen nnt...
    ed: hehe...nk bg syarahan kt paiz...heee

    ReplyDelete